Pokok Semalu
sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh. Kita biasa
memanggilnya sebagai pokok semalu. Bagi masyarakat sebelah utara,ia lebih
dikenali sebagai duri keman.
MimosaPudica
Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat mudah dikenali. Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.
Ia punya perkaitan dengan diri wanita:
Pada suatu hari,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak
pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah
mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ
dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang
berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu
amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah
menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran
daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu
akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu
mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua,semalu
mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita
perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.
Dan
akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu,para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil.
Sebuah renungan untukku,untukmu,untuk kita semua. Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci...
Bergeraklah masuk,Buka tiap lembaran kalimat hati,maknai,lalu tunaikanlah
No comments:
Post a Comment